VECTOR CONTROL RESEARCH UNIT | UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PENYERTAAN STAF UPKV DI DALAM PERTANDINGAN MASAK KAWAH

Pada 2 November 2023, kumpulan dengan seramai 9 kakitangan membabitkan staf dari UPKV, CETREE (Pusat Kjian Kelestarian Global), PPSKH (Pusat Pengajian Sains Kajihayat) dan Jabatan Pendaftar menyertai Pertandingan Masak Kawah yang telah dianjurkan oleh Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia. Pertandingan tersebut dianjurkan sempena Program 40 tahun Masjid Al Malik Khalid, Pusat Islam Universiti Sains Malaysia.

Terdapat 5 kumpulan memasak dan 10 kumpulan Happy Dessert yang terlibat di dalam pertandingan ini. Bagi kumpulan memasak, setiap kumpulan perlu menyediakan nasi, lauk ayam, sayur dan air untuk juri dan 300 orang awam. Hasil penilaian juri jemputan, kumpulan UPKV-CETREE-PPSKH-JP yang diberi nama "Orang Kita Kitchen" berjaya memenangi tempat ke 4 dalam acara memasak. 

Location

Vector Control Research Unit
School of Biological Sciences,
Universiti Sains Malaysia, 1800 USM, Pulau Pinang,
Malaysia. | icon adminb