VECTOR CONTROL RESEARCH UNIT | UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Penubuhan Kelab Bola Sepak UPKV

Bola sepak merupakan salah satu sukan berpasukan yang paling diminati di seluruh dunia. Unit Penyelidikan Kawalan Vektor juga telah menubuhkan Kelab Bola Sepak yang dinamakan sebagai VCRU FC, yang bermula pada tahun 2023 dan dinaungi oleh Penyelaras UPKV, Prof. Madya. Dr Zary Shariman Yahaya.

Matlamat penubuhan Kelab Bola Sepak UPKV adalah untuk memupuk dan menyemai semangat kesukanan dikalangan staf UPKV. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendidik staf UPKV untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktif dengan penyertaan aktif di dalam bidang sukan. 

Sehingga hari ini, Kelab Bola Sepak UPKV telah menyertai sebanyak 4 perlawanan persahabatan di Universiti Sains Malaysia. Melalui penyertaan dalam perlawanan persahabatan sukan bola sepak, ikatan silaturrahim diantara pasukan dapat dijalinkan dengan lebih erat, dan ukhwah yang telah dibina dapat diperkukuhkan.

 

 

 

 

 

 

Antara pertandingan persahabatan bola sepak yang disertai oleh Kelab VCRU FC.


Location

Vector Control Research Unit
School of Biological Sciences,
Universiti Sains Malaysia, 1800 USM, Pulau Pinang,
Malaysia. | icon adminb